Hanya dengan TIGA langkah mudah
daftar, mohon dan semak, anda dapat mengikuti kursus teknikal dan vokasional yang ingin anda ceburi, mengikut terma dan syarat
1.DAFTAR
Isikan butiran peribadi, ibu bapa atau penjaga dan kelayakan akademik atau pengalaman bekerja jika perlu.
2.MOHON
Pilih kursus dan institusi atau pusat latihan mengikut kelayakan akademik atau pengalaman bekerja.
3.SEMAK
Semak permohonan anda di atas talian setelah menerima maklum balas dari instusi atau pusat latihan.
Meningkatkan pembangunan modal insan melalui transformasi TVET
dengan kerjasama institusi awam dan swasta yang berpengalaman dengan kepakaran tersendiri
Antara Kelebihan TVET
Merangkumi pelbagai bentuk pendidikan dan latihan yang memberikan tumpuan yang khusus kepada aspek kemahiran yang memenuhi keperluan pasaran kerja dan industri
PIAWAIAN ANTARABANGSA
Setiap program TVET yang ditawarkan direka khusus untuk memenuhi kepeluan industri dan permintaan kerjaya masa kini dan menepati piawaian antarabangsa
PELUANG PEKERJAAN
Bidang TVET bukan sahaja mampu melahirkan bilangan pekerja mahir dan terlatih, malah berupaya mencipta peluang pekerjaan sendiri berbekalkan kemahiran yang dimiliki
TIDAK MEMBOSANKAN
Silibus pembelajaran TVET tidak membosankan, malah memberikan pendedahan luas kepada pelajar dengan penggunaan teknologi dan peralatan terkini selaras dengan keperluan industri
KERJASAMA STRATEGIK
Kerjasama strategik awam-industri yang digariskan dalam program transformasi TVET negara, bakal memberikan pelajar akses kepada acuan latihan terbaik dalam memastikan mereka menjadi modal tenaga kerja mahir di pelbagai bidang kritikal yang diperlukan oleh industri dan negara
KEPELBAGAIAN KEMAHIRAN
Menceburi bidang TVET melatih diri untuk berdikari dalam melakukan sesuatu perkara. Pelbagai ilmu kemahiran yang dipelajari memberikan kelebihan kepada pelajar untuk menceburi bidang keusahawan
LATIHAN INDUSTRI
Penempatan latihan industri yang diwajibkan untuk pelajar semester akhir akan mendedahkan mereka dengan situasi pekerjaan sebenar. Sekaligus, membina keyakinan diri pelajar dan memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan alam perkerjaan sebenar
PENDEDAHAN TEKNOLOGI
Pelajar TVET juga diajar untuk mengenal potensi dan kemampuan diri. Mereka juga diberi pendedahan luas dalam menggunakan peralatan mesin atau sebarang kemahiran teknikal yang diperlukan bagi memastikan pelajar tersebut cemerlang di alam pekerjaan
Lebih 1300 Institusi TVET Awam dan Swasta di seluruh negara
Pelbagai kursus ditawarkan oleh institusi dan pusat latihan berdaftar dari peringkat Sijil hingga Diploma