Pengenalan Kursus

Dalam kursus ini pelajar didedahkan tentang semua kaedah dan teknik kedudukan mengimpal serta proses kimpalan yang meliputi teknik kimpalan arka dan teknik kimpalan gas arka dan kaedah pemotongan bahan logam dengan menggunakan ositelin, plasma dan kaedah mekanikal.

Pelajar juga didedahkan dengan kaedah dan prinsip pemeriksaan kimpalan iaitu ujian musnah dan tanpa musnah.

Butiran Kursus

Nama Institusi INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA JITRA
Laman Web Institusi kemahiran.kbs.gov.my/index.php/ms/ikbn-jitra-laman-utama
Kod Pengkhususan KUR0003
Tahap Pengkhususan Sijil
Tempoh Pengajian 27 BULAN
Biasiswa / Pinjaman Ada
Syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Sekurang-kurangnya Tamat Tingkatan 5
  • Boleh membaca dan menulis
  • Berusia di antara 18 - 30 tahun semasa memohon
  • Belum berkahwin @ bujang
  • Sihat tubuh badan
  • Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
  • Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
  • Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan
  • Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya
  • Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon
Prospek Kerjaya Juruteknik kimpalan, Usahawan dalam bidang berkaitan, Tenaga pengajar di Institusi kemahiran
Lain-lain

Pelajar akan dianugerahkan :

a) Sijil Teknologi oleh Insititut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan

b) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 1/2/3) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia

** Makan minum dan penginapan akan dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tempoh latihan