Pengenalan Kursus

Melatih dan memberi pendedahan kepada pelajar untuk penyediaan pakaian wanita dari asas sehingga mahir dalam pembuatan pakaian seperti baju tradisional, baju pengantin dan sebagainya.

 

Butiran Kursus

Nama Institusi INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA JITRA
Laman Web Institusi kemahiran.kbs.gov.my/index.php/ms/ikbn-jitra-laman-utama
Kod Pengkhususan KUR0005
Tahap Pengkhususan Sijil
Tempoh Pengajian 15 BULAN
Biasiswa / Pinjaman Ada
Syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Sekurang-kurangnya Tamat Tingkatan 5
  • Boleh membaca dan menulis
  • Berusia di antara 18 - 30 tahun semasa memohon
  • Belum berkahwin @ bujang
  • Sihat tubuh badan
  • Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
  • Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
  • Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan
  • Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya
  • Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon
Prospek Kerjaya Pembuat Pakaian Wanita
Lain-lain

Pelajar akan dianugerahkan :

a) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 3) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia

** Makan minum dan penginapan akan dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tempoh latihan