Pengenalan Kursus


Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dalam aspek keselamatan, akta dan peraturan-peraturan berkaitan bekalan dan pepasangan elektrik yang diamalkan di Malaysia. Di samping itu, pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang elektrik satu fasa yang diberikan adalah seperti lukisan kejuruteraan, sistem pepasangan, reka bentuk pepasangan, sistem kawalan, sistem audio video, senggaraan peralatan, sistem perlindungan, pengujian dan program kawalan logik.

Sebagai nilai tambah kepada kursus ini bagi meningkatkan lagi daya saing pelajar di peringkat industri, kemahiran insaniah telah diterapkan kepada pelajar seperti projek rumah contoh, pertandingan inovasi dan amalan 5S

Butiran Kursus

Nama Institusi INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA JITRA
Laman Web Institusi kemahiran.kbs.gov.my/index.php/ms/ikbn-jitra-laman-utama
Kod Pengkhususan KUR0006
Tahap Pengkhususan Sijil
Tempoh Pengajian 24 BULAN
Biasiswa / Pinjaman Ada
Syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Sekurang-kurangnya Tamat Tingkatan 5
  • Boleh membaca dan menulis
  • Berusia di antara 18 - 30 tahun semasa memohon
  • Belum berkahwin @ bujang
  • Sihat tubuh badan
  • Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
  • Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
  • Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan
  • Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya
  • Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon
Prospek Kerjaya Juruteknik Elektrik, Usahawan
Lain-lain

Pelajar akan dianugerahkan :

a) Sijil Teknologi oleh Insititut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan

b) Perakuan Kekompetenan PW2 oleh Suruhanjaya Tenaga

 

** Makan minum dan penginapan akan dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tempoh latihan