Pengenalan Kursus

Kursus ini di reka khas bagi melahirkan tenaga kerja separa mahir dalam bidang maritim. Peserta akan di lengkapkan dengan kemahiran elektrikal, kimpalan, radio komunikasi, dan kursus yang di perlukan oleh IMO dan Jabatan Laut Malaysia.

Manfaat dari program ini, pelajar berpeluang menjadi pelaut yang diiktiraf antarabangsa. Sijil “STCW 95 Compliance” di terima pakai oleh semua ahli “International Maritime Organization”. Berpeluang bekerja di industri perkapalan seperti feri, near costal, supply vessal, kargo dan bot persiaran. Sijil BST, TFA dan SSA dari Jabatan Laut Malaysia serta Sijil KISMEC akan diberikan kepada pelajar yang berjaya menamatkan kursus dan memenuhi kriteria persijilan.

Butiran Kursus

Nama Institusi KISMEC Sungai Petani
Laman Web Institusi www.kismec.org.my
Kod Pengkhususan KUR0010
Tahap Pengkhususan Sijil
Tempoh Pengajian 7 BULAN
Biasiswa / Pinjaman Tiada
Syarat Kelayakan
  • Berumur 18-35 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Boleh membaca, menulis dan mengira (3M)
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM4,000.00
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai sijil SPM / SPM (V)
Prospek Kerjaya Juruteknik Marin
Lain-lain

Pengajian ditaja sepenuhnya oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
Elaun sara diri diberi sebanyak RM100/bulan dan juga hostel penginapan diuruskan oleh KISMEC.

Fokus pengajian dalam bidang TVET dengan melibatkan rangka kerja 70% praktikal dan 30% teori dengan prospek kerjaya yang tinggi di bidang industri.

Kandungan Kursus:

  • Appreciation of ICT
  • English Communication & Interpersonal skills
  • Welding and cutting
  • Basic Signaling & Communication
  • Fundamental of Electrical System
  • Basic Piloting Boat
  • Basic Engine Marine
  • Basic Knots & Ropework
  • SSA ( Ship Security Awareness )
  • BST (Basic Safety Training)
  • TFA (Tanker Familiarization)
  • *Include seaman book, seamen card and medical checkup

Jabatan Marin : 04-4414619 Ext: 129
Pn. Farhana : 019-451 7934 / [email protected]