Pengenalan Kursus

Program Diploma Teknologi Elektrik (Penyejukbekuan & Penyaman Udara) Personel di dalam bidang ini berkeupayaan melaksanakan pelbagai aktiviti kerja teknikal yang kompleks atau professional dengan tahap tanggungjawab individu dan autonomi yang tertentu.

Personel juga bertanggungjawab terhadap pelaksanaan kerja pihak di bawah tanggungjawab dan berkebolehan unutk mengagihkan sumber-sumber kerja di dalam melaksanakan sesuatu projek.

Personel HVAC(Heating Ventilation Air Conditioning) yang dipersijilkan dengan tahap ini kompeten dalam melaksanakan perkara-perkara berikut;
• HVAC Layout Design
• HVAC Piping System Design
• HVAC Ducting System Design
• HVAC Electrical System Design
• HVAC Tender Document Preparation
• HVAC Project Planning
• HVAC Project Monitoring
• HVAC Handing Over Process

Butiran Kursus

Nama Institusi INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA NAKA
Laman Web Institusi kemahiran.kbs.gov.my/ms/iktbn-naka-laman-utama
Kod Pengkhususan KUR0011
Tahap Pengkhususan Diploma
Tempoh Pengajian 15 BULAN
Biasiswa / Pinjaman Ada
Syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai kelulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 bagi mana-mana bidang berikut :
  1. ME-020-3:2012
  2. C-040-3
  3. C-010-3
  • Boleh membaca dan menulis
  • Berusia di antara 18 - 30 tahun semasa memohon
  • Belum berkahwin @ bujang
  • Sihat tubuh badan
  • Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
  • Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
  • Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan
  • Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya
  • Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon
Prospek Kerjaya Juruteknik Penyaman Udara
Lain-lain

Makan minum dan penginapan akan dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tempoh latihan.