Pengenalan Kursus

Program Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik (Penyejukbekuan dan Penyaman Udara - Domestik) bermatlamat melatih pelajar dengan kemahiran memasang, mengendalikan dan menyelenggara semua jenis penghawa dingin yang digunakan secara domestik (split unit dan window unit)

Antara komponen-komponen yang akan dipelajari adalah :
• Penilaian risiko dan bahaya
• Fabrikasi logam
• Fabrikasi tiub
• Pengendalian refrigerant
• Pemasangan & penyelenggaraan kipas pengalihudaraan (fasa tunggal)
• Pemasangan & penyelenggaraan Window unit
• Pemasangan & penyelenggaraan Air Cooled Split Unit

Butiran Kursus

Nama Institusi INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA NAKA
Laman Web Institusi kemahiran.kbs.gov.my/ms/iktbn-naka-laman-utama
Kod Pengkhususan KUR0012
Tahap Pengkhususan Sijil
Tempoh Pengajian 27 BULAN
Biasiswa / Pinjaman Ada
Syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Sekurang-kurangnya Tamat Tingkatan 5
  • Boleh membaca dan menulis
  • Berusia di antara 18 - 30 tahun semasa memohon
  • Belum berkahwin @ bujang
  • Sihat tubuh badan
  • Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
  • Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
  • Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan
  • Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya
  • Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon
Prospek Kerjaya Pembantu Juruteknik Penyaman Udara
Lain-lain

Makan minum dan penginapan akan dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tempoh latihan