Pengenalan Kursus

Program Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik (Penyejukbekuan dan Penyaman Udara - Komersial) bermatlamat untuk melahirkan pelajar dengan kemahiran memasang, mengendalikan dan menyelenggara semua jenis penghawa dingin yang digunakan secara komersial penghawa dingin (Water Cooled Chiller, Air Cooled Chiller, Water Cooled Package Unit, Air Cooled Package Unit & Variable Refrigerant Volume/Flow(VRV) Unit).

Antara komponen-komponen yang akan dipelajari adalah :
• Penyelenggaraan kipas pengalihudaraan(3 fasa)
• Penyelenggaraan Air Cooled Split Unit
• Penyelenggaraan Roof Top Package
• Penyelenggaraan Water Cooled Package
• Penyelenggaraan Water Cooled/Air Cooled Small Package(<100TR)
• Penyelenggaraan Air Handling Unit(AHU)
• Penyelenggaraan Water Pump
• Penyelenggaraan Cooling Tower

Butiran Kursus

Nama Institusi INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA NAKA
Laman Web Institusi kemahiran.kbs.gov.my/ms/iktbn-naka-laman-utama
Kod Pengkhususan KUR0013
Tahap Pengkhususan Sijil
Tempoh Pengajian 27 BULAN
Biasiswa / Pinjaman Ada
Syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Sekurang-kurangnya Tamat Tingkatan 5
  • Boleh membaca dan menulis
  • Berusia di antara 18 - 30 tahun semasa memohon
  • Belum berkahwin @ bujang
  • Sihat tubuh badan
  • Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
  • Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
  • Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan
  • Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya
  • Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon
Prospek Kerjaya Pembantu Juruteknik Penyaman Udara
Lain-lain

Makan minum dan penginapan akan dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tempoh latihan