Pengenalan Kursus

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kejuruteraan lukisan struktur. Pelajar akan dilatih supaya mempunyai kualiti dan kemahiran yang sesuai dalam bidang lukisan struktur untuk menyokong industri berkaitan. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian

Butiran Kursus

Nama Institusi Institut Kemahiran MARA (IKM) Sungai Petani
Laman Web Institusi www.ikmsp.edu.my
Kod Pengkhususan KUR0021
Tahap Pengkhususan Sijil
Tempoh Pengajian 24 BULAN
Biasiswa / Pinjaman Tiada
Syarat Kelayakan

Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya

  • Lulus Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah
  • Satu (1) Kepujian dalam mana-mana pelajaran
  • Lulus Pendidikan Seni Visual / Lukisan Kejuruteraan

ATAU

  • Lulus sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 yang diiktiraf atau setara

DAN

  • Lulus Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah

 

Prospek Kerjaya CAD person, draughtsman, juruteknik dalam sektor awam dan swasta, usahawan
Lain-lain

Peluang melanjutkan Pelajaran : Melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di institusi pendidikan awam dan swasta seperti:

Diploma Teknologi Pembinaan (KKTM Sri Gading)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Bangunan (KKTM Pasir Mas)
Diploma Senibina (KKTM Pasir Mas)

 

Prospek Kerjaya : CAD person, draughtsman, juruteknik dalam sektor awam dan swasta, usahawan