Pengenalan Kursus

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi bekalan air dan pembentungan. Pelajar akan dilatih untuk mempunyai kemahiran bekerja secara individu serta berpasukan dalam menyokong kerja-kerja penyelenggaraan paip dan sistem pembentungan. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian. Pada penghujung program, pelajar turut akan memperolehi Sijil A1 yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Butiran Kursus

Nama Institusi Institut Kemahiran MARA (IKM) Sungai Petani
Laman Web Institusi www.ikmsp.edu.my
Kod Pengkhususan KUR0022
Tahap Pengkhususan Sijil
Tempoh Pengajian 24 BULAN
Biasiswa / Pinjaman Tiada
Syarat Kelayakan

Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya

  • Lulus Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah

ATAU

  • Lulus sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 yang diiktiraf atau setara

ATAU

  • Lulus Sijil Pofesional GIATMARA

 

Prospek Kerjaya Kontraktor perpaipan, juruteknik dalam sektor awam dan swasta, usahawan
Lain-lain

Peluang melanjutkan Pelajaran : Melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di institusi pendidikan awam dan swasta seperti:

  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji Proses (Perpaipan) (KKTM Kemaman)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Bangunan (KKTM Pasir Mas)
  • Diploma Teknologi Pembinaan (Forensik Bangunan dan Penyelenggaraan) (KKTM Sri Gading)