Pengenalan Kursus

Program ini merangkumi kaedah dan juga teknik yang betul dalam penyediaan lukisan-lukisan senibina seperti lukisan pelan bangunan, lukisan perkhidmatan bangunan, lukisan siap bina, lukisan pendawaian elektrik, lukisan sistem saluran paip dan sistem pembuangan air serta lukisan perspektif. Pelajar juga akan diperkenalkan kepada kerja-kerja pembentukan model bangunan. Lukisan-lukisan dan model bangunan tersebut dihasilkan dengan kaedah konvensional serta kaedah CAD.

Butiran Kursus

Nama Institusi Institut Kemahiran MARA (IKM) Sungai Petani
Laman Web Institusi www.ikmsp.edu.my
Kod Pengkhususan KUR0023
Tahap Pengkhususan Sijil
Tempoh Pengajian 24 BULAN
Biasiswa / Pinjaman Tiada
Syarat Kelayakan

Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya

  • Lulus Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah
  • Satu (1) Kepujian dalam mana-mana pelajaran
  • Lulus Pendidikan Seni Visual / Lukisan Kejuruteraan

ATAU

  • Lulus sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 yang diiktiraf atau setara

DAN

  • Lulus Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah

 

Prospek Kerjaya Pelukis Pelan (Draughtsman), Penyelia Tapak Pembinaan, CAD Person dalam sektor awam dan swasta, Usahawan.
Lain-lain

Peluang melanjutkan Pelajaran : Melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di institusi pendidikan awam dan swasta seperti:

  • Diploma Senibina (KKTM Pasir Mas)
  • Diploma Senibina (UTM)
  • Diploma Senibina (Politeknik)
  • Diploma Senibina (IUCT)