Pengenalan Kursus

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang rekabentuk grafik melalui pemahaman dalam proses percetakan digital dan manual selain kursus-kursus teras pelbagai disiplin yang menjadi asas kukuh dalam bidang rekabentuk grafik seperti grafik komputer, fotografi digital, pengiklanan, teknologi percetakan dan tipografi. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.

Butiran Kursus

Nama Institusi Institut Kemahiran MARA (IKM) Sungai Petani
Laman Web Institusi www.ikmsp.edu.my
Kod Pengkhususan KUR0024
Tahap Pengkhususan Sijil
Tempoh Pengajian 24 BULAN
Biasiswa / Pinjaman Tiada
Syarat Kelayakan

Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya

  • Lulus Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah
  • Satu (1) Kepujian dalam mana-mana pelajaran

ATAU

  • Lulus sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 yang diiktiraf atau setara

DAN

  • Lulus Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah

 

Prospek Kerjaya Pereka grafik, pereka pengiklanan, jurugambar dalam sektor awam dan swasta, usahawan
Lain-lain

Peluang melanjutkan Pelajaran : Melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di institusi pendidikan awam dan swasta seperti:

  • Diploma Rekabentuk Media Digital (KKTM Rembau)
  • Diploma Teknologi Rekabentuk Grafik (Universiti Limkokwing)
  • Diploma Rekabentuk Grafik (Politeknik)
  • Diploma Senireka Grafik dan Media Digital (UiTM)