Pengenalan Kursus

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi rekabentuk dan pembuatan perabot yang memberi tumpuan terhadap penggunaan perisian CAD yang diaplikasikan kepada rekabentuk perabot kayu dan logam. Graduan akan berkemahiran dalam mengendalikan pelbagai jenis mesin yang digunakan dalam industri pembuatan perabot yang sebenar. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.

Butiran Kursus

Nama Institusi Institut Kemahiran MARA (IKM) Sungai Petani
Laman Web Institusi www.ikmsp.edu.my
Kod Pengkhususan KUR0026
Tahap Pengkhususan Sijil
Tempoh Pengajian 24 BULAN
Biasiswa / Pinjaman Tiada
Syarat Kelayakan

Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya

  • Lulus Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah

ATAU

  • Lulus sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 yang diiktiraf atau setara

ATAU

  • Lulus Sijil Profesional GIATMARA
Prospek Kerjaya Pereka perabot, juruteknik dalam sektor awam dan swasta, usahawan
Lain-lain

Peluang melanjutkan Pelajaran : Melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di institusi pendidikan awam dan swasta seperti:

  • Diploma Rekabentuk Perabot (KKTM Rembau)
  • Diploma Rekabentuk Perabot (Universiti Limkokwing)