Pengenalan Kursus

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang Teknologi Makanan. Pelajar akan dilatih supaya mempunyai kualiti dan kemahiran yang sesuai dalam bidang teknologi makanan untuk menyokong industri berkaitan.

Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan, 'food and beverage' , pastri serta bakeri dan digalakkan untuk menjadi pekerja mahir industri dalam bidang berkenaan sebelum menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.

Butiran Kursus

Nama Institusi Kolej KEDA
Laman Web Institusi www.kolejkeda.edu.my
Kod Pengkhususan KUR0030
Tahap Pengkhususan Sijil
Tempoh Pengajian 12 BULAN + 12 BULAN
Biasiswa / Pinjaman Tiada
Syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Bumiputera
  • Berumur 17 hingga 25 tahun
  • Tamat tingkatan 5
  • Belum berkahwin
  • Sihat mental dan fizikal
  • Menguasai kemahiran membaca, menulis, mengira (3M) dan minat
Prospek Kerjaya Chef Bertauliah, Usahawan Makanan, Pengusaha Catering, Pakar Nutrisi, Inspektor Kesihatan dan Tenaga Pengajar dalam sektor sektor perkhidmatan, pelancongan, hospitaliti, kulinari, sektor awam dan swasta serta keusahawanan.
Lain-lain

Pengkhususan Kursus : Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 2 & 3)