TEKNOLOGI ELEKTRIK (3 FASA)
( KUR0037 )
Pengenalan Kursus
Dalam kursus ini pelajar akan diajar mengenai kaedahkaedah mendawai, memasang, mengendali dan menguji pendawaian satu dan tiga fasa (domestik dan industri). Mencari, mengesan dan membaikpulih kerosakan litar elektrik serta mengawal, menyelenggara alat janakuasa, motor dan peralatan elektrik industri mengikut piawaian Suruhanjaya Tenaga (ST).
Persijilan :
1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga Tahap 3 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK);
2. Sijil Teknologi ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
3. Sijil Kekompetenan Pendawaian Fasa Tunggal(PW2) / (*PW4) daripada Suruhanjaya Tenaga (ST)
Butiran Kursus
Nama Institusi | INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) JITRA |
Laman Web Institusi | www.ilpjitra.gov.my |
Kod Pengkhususan | KUR0037 |
Tahap Pengkhususan | Sijil |
Tempoh Pengajian | 27 BULAN |
Biasiswa / Pinjaman | Tiada |
Syarat Kelayakan |
|
Prospek Kerjaya | Juruelektrik |
Lain-lain | Permintaan untuk Juruelektrik adalah sangat menggalakkan dan dijangka meningkat pada masa hadapan. Keadaan ini disebabkan kekurangan Juruelektrik di industri-industri tempatan. Juruelektrik yang berkebolehan dan berpengalaman berpeluang menjadi penyelia atau penilai bagi firma kontrak elektrik. Mereka yang mempunyai sijil kelayakan, modal dan kemahiran boleh memulakan perniagaan sendiri sebagai kontraktor elektrik, Juruelektrik atau pekerjaan lain yang berkaitan. |