Pengenalan Kursus

Kursus ini sememangnya memberikan prospek perkerjaan yang meluas dalam sektor industri kepada pelajar. Melalui kursus ini, pelajar akan didedahkan kepada pengetahuan teori dan amali dalam kerja-kerja dalam proses kimpalan yang melibatkan memotong dan mengimpal logam, keluli karbon (carbon steel), keluli tahan karat (stainless steel), aluminium dan sebagainya.

Di antara jenis kimpalan yang digunakan adalah seperti Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW), Submerge Arc Welding (SAW) dan sebagainya.

Butiran Kursus

Nama Institusi INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) JITRA
Laman Web Institusi www.ilpjitra.gov.my
Kod Pengkhususan KUR0038
Tahap Pengkhususan Sijil
Tempoh Pengajian 27 BULAN
Biasiswa / Pinjaman Tiada
Syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia;
  • Boleh membaca, menulis dan mengira;Mempunyai SPM/SPMV dengan LULUS dalam subjek:
  1. Bahasa Melayu;
  2. Matematik/ Matematik Tambahan; dan
  3. Sains/Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik / Kimia/ Pemesinan Berkomputer/ Amalan Bengkel Mekanikal/ Teknologi Bengkel Mesin/ Lukisan Geometri & Mesin.
  • Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Prospek Kerjaya Jurukimpal, Usahawan
Lain-lain

Peluang pekerjaan kebanyakannya terdapat di industri pembuatan dan pembinaan logam, loji pemasangan mesin dan jentera, industri perabot dan kerja-kerja struktur pembinaan. Para lepasan kursus ini boleh mendapat pekerjaan sebagai tukang kimpal di kilang penapis minyak, bengkel membaiki dan menyelenggara kereta motor, alatan elektrik dan juga loji jentera perindustrian atau menjalanakan pekerjaan sendiri dengan mengadakan pelbagai kerja mengimpal serta membuat kerja secara kontrak.

Jurukimpal Gas / Jurukimpal Arka Logam Berperisai atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang kimpalan arka dan gas.