Pengenalan Kursus

Program yang ditawarkan ialah Diploma Teknologi Kejuruteraan Telekomunikasi. Kursus ini direkabentuk supaya dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam merekabentuk, mengendali dan mengurus sistem dan peralatan telekomunikasi serta elektrikal /elektronik .

Kurikulum kursus ini mengandungi asas-asas sistem rangkaian telekomunikasi, PABX, sistem komunikasi analog dan digital , sistem pendawaian fiber optic dan copper , penggunaan lurang (mainhole ) dan tiang (pole) dan juga penggunaan teknologi terkini iaitu teknologi tanpa wayar (wireless) 5G/4G/3G dan 2G. Teknologi Point to Point wireless communication, enterprise access point, Fiber to the home (FTTH), Voice over internet protocol (VoIP) dan penyelenggaraan rangkaian telekomunikasi juga dimasukkan ke dalam silibus bidang Telekomunikasi tersebut.

Butiran Kursus

Nama Institusi Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kulim
Laman Web Institusi www.adteckulim.gov.my
Kod Pengkhususan KUR0042
Tahap Pengkhususan Diploma
Tempoh Pengajian 36 BULAN
Biasiswa / Pinjaman Ada
Syarat Kelayakan

Lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf serta memenuhi syarat minimum berikut :

  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (SPM 2013 dan seterusnya)
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Lulus Matematik/Matematik Tambahan dan
  • Lulus Sains/Sains Tambahan/Sains Gunaan/Fizik/Kimia/Teknikal/Vokasional dan
Prospek Kerjaya Juruteknik Telekomunikasi / Usahawan Produk Telekomunikasi etc
Lain-lain

Pensijilan :

  1. Diploma Teknologi Telekomunikasi ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan
  2. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 EE-321-4:2012 Pengurus Infrastruktur Penghantaran ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).