DIPLOMA TEKNOUSAHAWAN REKABENTUK DAN PENGELUARAN PERABOT
( KUR0044 )
Pengenalan Kursus
.
Program Diploma Teknousahawan Rekabentuk & Pengeluaran Perabot menawarkan pengajian melalui kaedah Product Base Education ( PBE), dimana kaedah pembelajaran menggunakan konsep baru. Pelajar akan dilatih dan dibimbing menjadi usahawan baru dalam bidang Industri Perabot. Pelajar akan mengikuti latihan berasaskan dunia perniagaan sebenar, serta kaedah pengajian yang ditawarkan adalah fleksibel iaitu (80%) amali dan teori (20%).
Program ini dijangka akan melahirkan Usahawan Perabot Bumiputera yang berdaya saing, berani serta berpendapatan tinggi. Mampu menguruskan syarikat dengan baik dan dapat mengendalikan kewangan perniagaan dengan kemas dan teratur. Sehubungan dengan itu, Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA berusaha untuk menambah bilangan Usahawan Bumiputera ke arah melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)
Butiran Kursus
Nama Institusi | INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) ALOR SETAR |
Laman Web Institusi | www.ikmas.edu.my |
Kod Pengkhususan | KUR0044 |
Tahap Pengkhususan | Diploma |
Tempoh Pengajian | 24 BULAN |
Biasiswa / Pinjaman | Ada |
Syarat Kelayakan |
|
Prospek Kerjaya | Usahawan Perabot |
Lain-lain | Elaun sara hidup & penginapan asrama disediakan |