Pengenalan Kursus

Program ini menawarkan pengajian secara fleksibel / modular selama 2 tahun (maksimum) khas kepada pelajar lepasan bidang fesyen / tekstil / rekabentuk grafik yang berminat untuk menjadi usahawan berjaya dalam bidang berkaitan fabrik. Usahawan muda akan dilatih mengikut konsep pembelajaran berteraskan 80% amali dan 20% teori dan akan didedahkan dengan dunia usahawan sebenar.

Program ini dijangka akan melahirkan Usahawan Fabrik Bumiputera yang berdaya saing, berani serta berpendapatan tinggi. Mampu menguruskan syarikat dengan baik dan dapat mengendalikan kewangan perniagaan dengan kemas dan teratur.

Butiran Kursus

Nama Institusi INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) ALOR SETAR
Laman Web Institusi www.ikmas.edu.my
Kod Pengkhususan KUR0045
Tahap Pengkhususan Diploma
Tempoh Pengajian 24 BULAN
Biasiswa / Pinjaman Ada
Syarat Kelayakan
  • Berumur 18 - 40 Tahun
  • Warganegara Malaysia & Bumiputera
  • Sihat Tubuh Badan
  • Lulus SPM / SPM(V) ATAU
  • Lulus IPMA (GIATMARA / IKM / KKTM / KPTM) DENGAN Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 atau setara dalam bidang Fesyen / Tekstil / Rekabentuk Grafik
  • Lulusan Lulusan KV, ILKA, UA & IPTS dengan LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 atau setara dalam bidang Fesyen / Tekstil / Rekabentuk Grafik ATAU
  • Mempunyai pengalaman berkerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang berkaitan
  • Lulus temuduga serta Ujian Khas Kemahiran dan memiliki jatidiri dan minat mendalam untuk menjadi usahawan berjaya
Prospek Kerjaya Usahawan
Lain-lain

Elaun sara hidup & penginapan asrama disediakan