Pengenalan Kursus

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang rekabentuk grafik melalui pemahaman dalam proses percetakan digital dan manual selain kursus-kursus teras pelbagai disiplin yang menjadi asas kukuh dalam bidang rekabentuk grafik seperti grafik komputer, fotografi digital, pengiklanan, teknologi percetakan dan tipografi.

Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.

Butiran Kursus

Nama Institusi Institut Kemahiran MARA (IKM) Sik
Laman Web Institusi www.ikmsik.edu.my
Kod Pengkhususan KUR0046
Tahap Pengkhususan Sijil
Tempoh Pengajian 24 BULAN
Biasiswa / Pinjaman Tiada
Syarat Kelayakan
  • Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya:
  • Satu (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  • Lulus mata pelajaran Pendiidkan Seni Visual / Lukisan Kejuruteraan atau setara pada peringkat SPM; ATAU
  • Lulus Ujian Portfolio bagi mereka yang gagal atau tidak mengambil pelajaran Pendidikan Seni Visual/Lukisan Kejuruteraan atau setara pada peringkat SPM

*Tertakluk kepada pelaksanaan semasa

Prospek Kerjaya Pereka grafik, pereka pengiklanan, usahawan
Lain-lain