SIJIL KEMAHIRAN PERTANIAN INDUSTRI PADI (SKM TAHAP 3)
( KUR0048 )
Pengenalan Kursus
Program ini bertujuan untuk menggalakkan generasi muda melibatkan diri dalam bidang pertanian sebagai pekerja mahir dan pengusaha pertanian komersial serta berskala besar melalui penggunaan teknologi terkini yang bersesuaian bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti sektor pertanian negara.
Program yang dijalankan adalah berteraskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SPKP) atau National Occupational Skills Standard (NOSS) yang menyampaikan latihan berasaskan kompetensi kemahiran (Competency Based Skill Training) dan memfokuskan kepada latihan amali, projek serta simulasi.
Persijilan PLKPL adalah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
Butiran Kursus
Nama Institusi | MADA Rice Training Center (MRTC) |
Laman Web Institusi | www.mada.gov.my/en/public/mada-rice-training-center-mrtc |
Kod Pengkhususan | KUR0048 |
Tahap Pengkhususan | Sijil |
Tempoh Pengajian | 18 BULAN |
Biasiswa / Pinjaman | Ada |
Syarat Kelayakan |
|
Prospek Kerjaya | Penyelia ladang padi, Pengurus kilang pemprosesan padi |
Lain-lain | Pembiayaan latihan ditaja sepenuhnya oleh kerajaan yang merangkumi kos latihan, bahan pembelajaran, peralatan, penginapan serta makan dan minum. Pelatih juga akan menerima Elaun sara hidup RM200/sebulan. Cara memohon: Pengambilan pelatih bagi program ini dibuat pada bulan Januari dan Julai setiap tahun. Permohonan boleh dibuat menggunakan
|