Pengenalan Kursus

Pelatih akan diberi pendedahan dan dilatih sehingga mahir dalam teknik memasang, menyelenggara dan membaik pulih sistem komputer dan rangkaian komputer. Selain dari hard skill, soft skill juga dititik beratkan seperti kemahiran komunikasi, penyediaan laporan, pembentangan laporan serta kerja berpasukan. Pelatih juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).

Pelatih yang telah berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengkomputeran (hardware dan software) dan juga rangkaian sistem komputer. Prospek pekerjaan yang boleh diceburi adalah sebagai Pembantu Jurutera, Pembantu Pentadbir Sistem, Penyelia atau Juruteknik Sistem Komputer.

Butiran Kursus

Nama Institusi KISMEC Sungai Petani
Laman Web Institusi www.kismec.org.my
Kod Pengkhususan KUR0049
Tahap Pengkhususan Sijil
Tempoh Pengajian 12 BULAN
Biasiswa / Pinjaman Ada
Syarat Kelayakan
  • Berumur 18-35 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Boleh membaca, menulis dan mengira (3M)
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM4,000.00
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai sijil SPM / SPM (V)
Prospek Kerjaya Juruteknik Komputer, Usahawan
Lain-lain

Pengajian ditaja sepenuhnya oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
Elaun sara diri diberi sebanyak RM100/bulan dan juga hostel penginapan diuruskan oleh KISMEC.

Fokus pengajian dalam bidang TVET dengan melibatkan rangka kerja 70% praktikal dan 30% teori dengan prospek kerjaya yang tinggi di bidang industri.

Kandungan Kursus:

  • C01 - Computer System Set-Up
  • C02 - Computer System Maintenance
  • C03 - Computer System Repair
  • C04 - Server Installation
  • C06 - Computer Network Connectivity Set-up

Jabatan IT : 04-441 4619 Ext : 129
Pn. Hidayah : 019-578 4621 / [email protected]
Cik Rosmaniza : 019-517 2387 / [email protected]