Pengenalan Kursus

Kursus ini bertujuan mempersiapkan pelatih dengan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang Pembuatan Plastik. Pelatih akan di beri kefahaman secara teori dan praktikal tentang pengendalian acuan dan mesin yang melibatkan pelbagai pembuatan barangan plastik di mana ianya boleh di apikasikan di pelbagai lapangan industri berkaitan. Pelatih juga akan di dedahkan mengenai proses kerja dan suasana kerja yang sebenar seperti di industri dengan peluang kerjaya sebagai Operator Mesin, Juruteknik, Injection Moulder, Supervisor dan Troubleshooter.

Butiran Kursus

Nama Institusi KISMEC Sungai Petani
Laman Web Institusi www.kismec.org.my
Kod Pengkhususan KUR0053
Tahap Pengkhususan Sijil
Tempoh Pengajian 12 BULAN
Biasiswa / Pinjaman Ada
Syarat Kelayakan
  • Berumur 18-35 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Boleh membaca, menulis dan mengira (3M)
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM4,000.00
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai sijil SPM / SPM (V)
Prospek Kerjaya Juruteknik Mesin Pembuatan Plastik, Operator Mesin, Injection Moulder, Supervisor dan Troubleshooter
Lain-lain

Pengajian ditaja sepenuhnya oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
Elaun sara diri diberi sebanyak RM100/bulan dan juga hostel penginapan diuruskan oleh KISMEC.
Melibatkan rangka kerja 70% praktikal dan 30% teori dengan prospek kerjaya yang tinggi di bidang industri.

Kandungan Kursus:

  • M01 - Plastic injection Moulding Pre-Production Process
  • M02 - Injection Moulding Mould Preparation
  • M03 - Injection Moulding Machine Preparation
  • M04 - Injection Moulding Production Mould Set-Up
  • M05 - Injection Moulding Auxiliary Equipment Set-Up
  • M06 - Injection Moulding Mould Set-Down Process

Jabatan Polymer : 04-441 4619 Ext : 120
En Hisham  : 013-512 4621 / [email protected]
Cik Aqilah  : 013-490 2547 / [email protected]