Pengenalan Kursus

Kursus ini akan menyediakan pelajar dengan pengetahuan yang diperlukan untuk reka bentuk, pemasangan, operasi dan penyelenggaraan peralatan automasi yang digunakan dalam industri. Automasi Industri digunakan terutamanya di kilang untuk pelbagai proses kawalan dengan intervensi manusia yang minimum.

Pelbagai topik automasi seperti sistem PLC, hidraulik, pneumatik dan kawalan membangunkan pelajar dengan kemahiran dan bakat yang berkaitan untuk memenuhi keperluan industri. Selepas tamat kursus, pelajar boleh bekerja sebagai juruteknik Jualan & Perkhidmatan, Reka Bentuk & Pembangunan dan Penyelenggaraan

Butiran Kursus

Nama Institusi KISMEC Sungai Petani
Laman Web Institusi www.kismec.org.my
Kod Pengkhususan KUR0058
Tahap Pengkhususan Diploma
Tempoh Pengajian 12 BULAN
Biasiswa / Pinjaman Tiada
Syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 35 tahun
  • Graduan baru dengan diploma dalam bidang Mekatronik, Elektrik, Elektronik, Mekanikal, & Kejuruteraan Awam
Prospek Kerjaya Juruteknik Jualan & Perkhidmatan, Reka Bentuk & Pembangunan dan Penyelenggaraan
Lain-lain

Pengajian ditaja sepenuhnya oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
Elaun sara diri diberi sebanyak RM100/bulan dan juga hostel penginapan diuruskan oleh KISMEC.
Melibatkan rangka kerja 70% praktikal dan 30% teori dengan prospek kerjaya yang tinggi di bidang industri.

Kandungan Kursus :

  • Programmable Logic Control (PLC) system hardware
  • Programmable Logic Control (PLC) system programming
  • Industrial Mechanical & Electrical diagram
  • Advance Hydraulic and Electro hydraulic system
  • Advance Pneumatic and Electro Pneumatics
  • Development and Maintenance of control system
  • System trouble shooting
  • Single & Three Phase wiring installation

Automation Department : 04-403 3978 (KISMEC Kulim)
Mr. Mahadzir : [email protected]