Pengenalan Kursus

Pensijilan dari KISMEC danFluke Network akan diberikan kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian. Kursus ini merangkumi bagaimana industri mengklasifikasikan komunikasi data tanpa wayar hari ini dan melihat kelebihan dan kekurangan pelbagai sistem komunikasi data. Teknologi selular, antena, stesen pangkalan dan suis telefon akan didedahkan kepada pelajar.

Selepas menamatkan kursus ini, pelajar akan dapat bekerja di syarikat rangkaian sebagai jurutera rangkaian atau juruteknik rangkaian untuk menyokong dan mengekalkan infrastruktur IT.

Butiran Kursus

Nama Institusi KISMEC Sungai Petani
Laman Web Institusi www.kismec.org.my
Kod Pengkhususan KUR0060
Tahap Pengkhususan Diploma
Tempoh Pengajian 8 BULAN
Biasiswa / Pinjaman Ada
Syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 35 tahun
  • Graduan baru dengan diploma dalam Teknologi Maklumat, Sains Komputer, Kejuruteraan Elektronik, Komputer Elektronik dan yang berkaitan
Prospek Kerjaya Jurutera rangkaian atau juruteknik rangkaian
Lain-lain

Pengajian ditaja sepenuhnya oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Elaun sara diri diberi sebanyak RM100/bulan dan juga hostel penginapan diuruskan oleh KISMEC.
Melibatkan rangka kerja 70% praktikal dan 30% teori dengan prospek kerjaya yang tinggi di bidang industri.

Kandungan Kursus :

  • Fundamental of TCP/IP
  • PC Maintenance
  • TCP/IP & IP Addressing
  • Basic Network Communication
  • Introduction To Wireless Hacking
  • Router & Wireless Configuration
  • Structured Cabling
  • Linux
  • Antivirus & Firewall
  • Wireless Security
  • Networking
  • Certified Cabling Test Technician
  • Windows 2008 Server
  • CCTV Configuration
  • Network Management & Troubleshooting

IT Department : 04-441 4619 ext : 129