Pengenalan Kursus

Program ini menawarkan beberapa modul pembelajaran kemahiran komputer dan rangkaian bagi memenuhi kehendak pasaran pekerjaan di industri. Modul wajib berbentuk kemahiran insaniah juga dilaksanakan untuk membentuk sasiah pelajar dengan lebih cemerlang.

Modul pembelajaran ini dilaksanakan secara teori dan amali. Ia merupakan latihan kemahiran berdasarkan proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang telah menamatkan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Penawaran secara sepenuh masa.

Pelajar akan menjalani Latihan Industri Semester 4 -memberi pendedahan industri atau penilaian oleh Panel Penilai Luar / Industri.

MODUL SIJIL SISTEM KOMPUTER DAN SOKONGAN

Semester 1  4 Bulan
Semester 2  4 Bulan
Semester 3  4 Bulan
Semester 4 Latihan Industri 4 Bulan

Butiran Kursus

Nama Institusi Kolej Komuniti Padang Terap
Laman Web Institusi kkpadangterap.jpkk.edu.my
Kod Pengkhususan KUR0067
Tahap Pengkhususan Sijil
Tempoh Pengajian 16 BULAN
Biasiswa / Pinjaman Ada
Syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) atau setara
Prospek Kerjaya Juruteknik Komputer, Usahawan
Lain-lain

Apakan menariknya program ini?

  • Latihan berasaskan kepada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan
  • Diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan
  • Berpeluang mendapatkan pelbagai kemahiran daripada modul-modul yang ditawarkan
  • Penilaian dilaksanakan oleh badan profesional dan agensi kerajaan
  • Berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi mereka yang layak
  • Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran

Bantuan Kewangan

Pelajar Kolej Komuniti yang mengambil sijil sepenuh masa dalam mana-mana bidang yang ditawarkan boleh memohon bantuan kewangan samada melalui Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP). Pelajar mestilah memenuhi syarat-syarat tertentu untuk membuat permohonan.

Pelajar yang berkelayakan hanya boleh membuat satu sahaja permohonan bantuan kewangan iaitu samada melalui TPP atau BKPKK pada satu sesi pengajian. Sila rujuk maklumat berkaitan TPP dan BKPKK untuk maklumat lanjut.