Pengenalan Kursus

Sijil Kolej Komuniti Bermodular SKK (M) Ia merupakan latihan kemahiran berdasarkan proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang telah menamatkan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Penawaran secara sepenuh masa.

Pelajar akan menjalani Latihan Industri atau Program Externship (MODUL 5*) - jika diperlukan oleh SKK yang memerlukan pendedahan industri atau penilaian oleh Panel Penilai Luar / Industri. Menariknya program ini iaitu Latihan berasaskan kepada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan.

Apakan menariknya program ini?

  • Latihan berasaskan kepada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan
  • Diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan
  • Berpeluang mendapatkan pelbagai kemahiran daripada modul-modul yang ditawarkan
  • Penilaian dilaksanakan oleh badan profesional dan agensi kerajaan
  • Berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi mereka yang layak
  • Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran

Butiran Kursus

Nama Institusi Kolej Komuniti Sungai Petani
Laman Web Institusi www.kkspe.edu.my
Kod Pengkhususan KUR0069
Tahap Pengkhususan Sijil
Tempoh Pengajian 20 BULAN
Biasiswa / Pinjaman Ada
Syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
  • Lulus subjek Bahasa Melayu
  • Lulus subjek Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
Prospek Kerjaya Pembantu chef, Usahawan
Lain-lain

Bantuan Kewangan

Pelajar Kolej Komuniti yang mengambil sijil sepenuh masa SKK (T) atau SKK (M) dalam mana-mana bidang yang ditawarkan boleh memohon bantuan kewangan samada melalui Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP). Pelajar mestilah memenuhi syarat-syarat tertentu untuk membuat permohonan.

Pelajar yang berkelayakan hanya boleh membuat satu sahaja permohonan bantuan kewangan iaitu samada melalui TPP atau BKPKK pada satu sesi pengajian. Sila rujuk maklumat berkaitan TPP dan BKPKK untuk maklumat lanjut.