Pengenalan Kursus

Diploma Terapi Kecantikan merupakan latihan kemahiran berdasarkan proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang telah menamatkan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Dijalankan secara sepenuh masa dan secara semester. Tempoh setiap semester adalah 4 bulan.


Apakan menariknya program ini?

  • Latihan berasaskan kepada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan
  • Diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan
  • Berpeluang mendapatkan pelbagai kemahiran daripada modul-modul yang ditawarkan
  • Penilaian dilaksanakan oleh badan profesional dan agensi kerajaan
  • Berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi mereka yang layak
  • Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran

Butiran Kursus

Nama Institusi Kolej Komuniti Sungai Petani
Laman Web Institusi www.kkspe.edu.my
Kod Pengkhususan KUR0070
Tahap Pengkhususan Diploma
Tempoh Pengajian 24 BULAN
Biasiswa / Pinjaman Ada
Syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki SPM atau setaraf
  • Lulus subjek Bahasa Melayu
  • Lulus subjek Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  • Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana subjek

ATAU

     Lulus pengajian peringkat Sijil seperti berikut

  • Lulusan pengajian peringkat sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
  • Lulusan pengajian peringkat Sijil Dandanan Rambut
  • Lulusan pengajian peringkat Sijil Kecantikan dan Dandanan Rambut
  • Lulusan pengajian peringkat Sijil Terapi Kecantikan dan Spa
Prospek Kerjaya Perunding kecantikan, usahawan
Lain-lain

Bantuan Kewangan

Pelajar Kolej Komuniti yang mengambil sijil sepenuh masa SKK (T) atau SKK (M) dalam mana-mana bidang yang ditawarkan boleh memohon bantuan kewangan samada melalui Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP). Pelajar mestilah memenuhi syarat-syarat tertentu untuk membuat permohonan.

Pelajar yang berkelayakan hanya boleh membuat satu sahaja permohonan bantuan kewangan iaitu samada melalui TPP atau BKPKK pada satu sesi pengajian. Sila rujuk maklumat berkaitan TPP dan BKPKK untuk maklumat lanjut.