DIPLOMA GEOMATIK (DGU)
( KUR0072 )
Pengenalan Kursus
Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ukur tanah khususnya teknik-teknik pengumpulan, pemprosesan, penganalisisan dan persembahan maklumat kedudukan dan bentuk topografi di bumi. Pelajar perlu menghadiri kuliah, tutorial dan melakukan praktikal di lapangan dan makmal.
Pelajar perlu menamatkan latihan industri selama enam bulan. Program pengajian meliputi kursus teras iaitu Ukur Kejuruteraan, Ukur Kadaster, Fotogrametri, Geodesi, Sistem Maklumat Geografi (GIS), Pelarasan Ukur, dan Undang-undang & Pembangunan Tanah di samping kursus elektif seperti Pembangunan Pangkalan Data GIS, Remote Sensing, Alam Sekitar, Statistik dan Asas Pengaturcaraan C++.
Butiran Kursus
Nama Institusi | POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH |
Laman Web Institusi | http://www.ptsb.edu.my |
Kod Pengkhususan | KUR0072 |
Tahap Pengkhususan | Diploma |
Tempoh Pengajian | 3 TAHUN |
Biasiswa / Pinjaman | Tiada |
Syarat Kelayakan |
|
Prospek Kerjaya | Peluangnya adalah luas, dapat ditempatkan di firma ukur, pembinaan swasta atau di jabatan kerajaan sebagai Pembantu Teknik Ukur. |
Lain-lain |