Pengenalan Kursus

Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam mengguna, menguji, menyenggara dan membaik pulih mesin elektrik dan peranti elektronik. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Program ini merangkumi kursus Elektronik Kuasa, Sistem Kuasa, Mesin Elektrik, Peralatan Elektronik, Kawalan Motor, Bekalan Kuasa Elektrik & Kawalan dan Keselamatan Industri.

Program ini juga menawarkan kursus-kursus pengkhususan dalam bidang Elektrik seperti Peralatan Elektronik, Senggara Kejuruteraan, Kawalan Motor A.T, Sistem Perlindungan, Bekalan Kuasa Industri, Kawalan Motor A.U dan Projek.

Butiran Kursus

Nama Institusi POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
Laman Web Institusi http://www.ptsb.edu.my
Kod Pengkhususan KUR0073
Tahap Pengkhususan Diploma
Tempoh Pengajian 3 TAHUN
Biasiswa / Pinjaman Tiada
Syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
Prospek Kerjaya Pelajar berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Pembantu Teknik dalam bidang industri pembuatan elektronik, penjanaan elektrik, industri petroleum dan gas serta industri perkhidmatan elektrik.
Lain-lain