SIJIL PEMPROSESAN DAN KAWALAN MUTU MAKANAN
( KUR0083 )
Pengenalan Kursus
PROSES PEMBELAJARAN
- Merangkumi pemprosesan dan pembungkusan semua kategori makanan khususnya yang bersumberkan bahan mentah tempatan.
- Merangkumi kaedah pengawetan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan hasilan laut, daging, ayam, telur, hasilan koko, gula, bakeri, minyak dan snek tempatan.
- Juga didedahkan kepada aspek pengawalan mutu makanan, baik semasa atau selepas pemprosesan, aspek kandungan makanan dan pemakanan, menguji dan menganalisis makanan, perundangan yang berkaitan makanan serta pengurusan dan pemasaran hasil makanan.
Butiran Kursus
Nama Institusi | KOLEJ KOMUNITI SIK |
Laman Web Institusi | https://kksik.mypolycc.edu.my/ |
Kod Pengkhususan | KUR0083 |
Tahap Pengkhususan | Sijil |
Tempoh Pengajian | 20 BULAN |
Biasiswa / Pinjaman | Ada |
Syarat Kelayakan |
|
Prospek Kerjaya | Pembantu Juruteknik Kawalan Mutu Makanan, Pegawai Kesihatan (Makanan) |
Lain-lain | Bantuan Kewangan Kementerian Pendidikan Tinggi telah memperuntukan bantuan kewangan bagi membantu pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke Kolej Komuniti A. Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) Para pelajar yang mempunyai ibu/bapa/penjaga berpendapatan RM3000.00 dan ke bawah layak memohon (tidak tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah). Bantuan Kewangan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat semasa. |