Pengenalan Kursus

Program ini direka untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan teknikal dan kemahiran dalam pengurusan pelancongan dan rekreasi. Pelajar dilatih secara khusus bagi mencapai standard kompetensi teknikal yang tinggi dalam bidang pengurusan dan operasi pelancongan pengembaraan, pelancongan rekreasi, asas pertolongan cemas, jualan serta pemasaran produk-produk pelancongan.

Sepanjang pembelajaran, pelajar akan didedahkan kepada semua aspek di dalam industri pelancongan seperti kemahiran tinggi dalam pengetahuan teknik-teknik pemandu pelancong, rekreasi terrestrial dan marin, pengurusan MICE dan acara, serta penyediaan bahan interpretasi pelawat. Kurikulum juga menekankan terhadap kompetensi yang berkaitan dengan komunikasi efektif, hubungan sesama manusia dan kepelbagaian budaya..

Butiran Kursus

Nama Institusi Kolej Komuniti Jerai
Laman Web Institusi https://kkjerai.mypolycc.edu.my/
Kod Pengkhususan KUR0088
Tahap Pengkhususan Sijil
Tempoh Pengajian 4 SEMESTER
Biasiswa / Pinjaman Ada
Syarat Kelayakan

1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah

Prospek Kerjaya Pengurus Pelancong, Pengurus Acara
Lain-lain

Bantuan Kewangan

Kementerian Pendidikan Tinggi telah memperuntukan bantuan kewangan bagi membantu pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke Kolej Komuniti

A. Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)

Para pelajar yang mempunyai ibu/bapa/penjaga berpendapatan RM3000.00 dan ke bawah layak memohon (tidak tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah). Bantuan Kewangan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat semasa.