Pengenalan Kursus

Program diploma ini direka untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran komprehensif dalam operasi hotel serta kemahiran pengurusan dan peribadi untuk berjaya daripada peringkat bawahan hinggalah ke peringkat penyeliaan. Pelajar akan mempelajari bidang industri hospitaliti dari semua aspek seperti kemahiran dalam penyeliaan dapur dan organisasi, pengetahuan produk makanan, pembinaan menu, pengurusan makanan dan minuman.

Selain itu pelajar juga didedahkan dengan kemahiran pengurusan perkhidmatan penginapan dan pengurusan kaunter hadapan. Kurikulum program Diploma Pengurusan Hotel juga menekankan terhadap kompetensi yang berkaitan dengan komunikasi efektif, hubungan sesama manusia dan kepelbagaian budaya. Pelajar akan menjalani program Work Based Learning (WBL) di hotel-hotel terpilih bagi mempersiapkan mereka untuk berada di pasaran kerja pada masa kini.

Butiran Kursus

Nama Institusi Kolej Komuniti Langkawi (Langkawi Tourism Academy)
Laman Web Institusi https://ltakklangkawi.mypolycc.edu.my/
Kod Pengkhususan KUR0089
Tahap Pengkhususan Diploma
Tempoh Pengajian 7 SEMESTER
Biasiswa / Pinjaman Ada
Syarat Kelayakan

• Warganegara Malaysia
• Lulus Sijil Kolej Komuniti atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dengan HPNM 2.9 dalam bidang Hospitaliti dan Pelancongan atau bidang lain yang berkaitan.

Atau

• Warganegara Malaysia
• Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan minima 3 kredit

Prospek Kerjaya Pengurus Hotel
Lain-lain

Bantuan Kewangan

Kementerian Pendidikan Tinggi telah memperuntukan bantuan kewangan bagi membantu pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke Kolej Komuniti

A. Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)

Para pelajar yang mempunyai ibu/bapa/penjaga berpendapatan RM3000.00 dan ke bawah layak memohon (tidak tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah). Bantuan Kewangan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat semasa.