Pengenalan Kursus

Program ini direka untuk melahirkan tenaga kerja yang berkelayakan bagi memenuhi keperluan dalam perkhidmatan makanan dan minuman. Pelajar–pelajar akan didedahkan dengan teknik pramusaji untuk memastikan servis perkhidmatan makanan dan minuman menepati standard antarabangsa yang ditetapkan.

Sijil Perkhidmatan Makanan dan Minuman merupakan program yang lengkap untuk pelajar yang meminati bidang perkhidmatan makanan & minuman. Program ini menawarkan pembelajaran beroreintasikan konsep sebenar di industri. Program ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk belajar kemahiran yang berkaitan perkhidmatan pramusaji seperti Latte art, Gueridon Service dan penyediaan minuman mocktail. Semua kemahiran ini mampu memberi nilai tambah kepada pelajar apabila menceburi bidang pekerjaan nanti.

Butiran Kursus

Nama Institusi Kolej Komuniti Langkawi (Langkawi Tourism Academy)
Laman Web Institusi https://ltakklangkawi.mypolycc.edu.my/
Kod Pengkhususan KUR0090
Tahap Pengkhususan Sijil
Tempoh Pengajian 4 SEMESTER
Biasiswa / Pinjaman Ada
Syarat Kelayakan

• Warganegara Malaysia
• Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Prospek Kerjaya Pramusaji, Pengurus Acara
Lain-lain

Bantuan Kewangan

Kementerian Pendidikan Tinggi telah memperuntukan bantuan kewangan bagi membantu pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke Kolej Komuniti

A. Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)

Para pelajar yang mempunyai ibu/bapa/penjaga berpendapatan RM3000.00 dan ke bawah layak memohon (tidak tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah). Bantuan Kewangan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat semasa.