SIJIL SENI KULINARI
( KUR0091 )
Pengenalan Kursus
Program ini direka untuk memberi pengetahuan kepada pelajar dan maklumat tentang hospitaliti makanan supaya mereka dapat menjadi tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir. Para pelajar akan dilatih untuk mencapai standard kecekapan yang diperlukan untuk memasuki perkhidmatan profesional atau pekerjaan khususnya dalam industri hospitaliti, pelancongan dan perkhidmatan.
Sijil Seni Kulinari adalah pengenalan yang lengkap untuk pelajar dalam dunia masakan di mana mereka boleh mempelajari asas-asas seperti penggunaan peralatan dapur, perancangan dan pelaksanaan penyediaan makanan. Kursus ini merangkumi segalanya yang berkaitan dengan masakan seperti kemahiran asas dalam bidang masakan seperti masakan timur, barat dan antarabangsa, aspek-aspek spekulatif makanan, sanitasi makanan, pembelian dan kawalan kos dan pengurusan dapur.
Butiran Kursus
Nama Institusi | Kolej Komuniti Langkawi (Langkawi Tourism Academy) |
Laman Web Institusi | https://ltakklangkawi.mypolycc.edu.my/ |
Kod Pengkhususan | KUR0091 |
Tahap Pengkhususan | Sijil |
Tempoh Pengajian | 4 SEMESTER |
Biasiswa / Pinjaman | Ada |
Syarat Kelayakan | • Warganegara Malaysia |
Prospek Kerjaya | Usahawan Kulinari, Pembantu Chef Kulinari |
Lain-lain | Bantuan Kewangan Kementerian Pendidikan Tinggi telah memperuntukan bantuan kewangan bagi membantu pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke Kolej Komuniti A. Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) Para pelajar yang mempunyai ibu/bapa/penjaga berpendapatan RM3000.00 dan ke bawah layak memohon (tidak tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah). Bantuan Kewangan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat semasa. |