SIJIL PENGURUSAN PENGINAPAN
( KUR0092 )
Pengenalan Kursus
Program ini direka untuk menyediakan pelajar yang berpengetahuan dalam aspek pengurusan penginapan sesebuah hotel. Pelajar akan didedahkan teknik pengurusan penginapan bermula apabila seseorang tetamu sesebuah hotel itu untuk daftar masuk sehingga kepada daftar keluar tetamu tersebut.
Pelajar-pelajar juga akan didedahkan pelbagai teknik dan kaedah pengurusan penginapan dalam industri hospitaliti. Kurikulum juga menekankan terhadap kompetensi yang berkaitan dengan komunikasi efektif, hubungan sesama manusia dan kepelbagaian budaya.
Butiran Kursus
Nama Institusi | Kolej Komuniti Langkawi (Langkawi Tourism Academy) |
Laman Web Institusi | https://ltakklangkawi.mypolycc.edu.my/ |
Kod Pengkhususan | KUR0092 |
Tahap Pengkhususan | Sijil |
Tempoh Pengajian | 4 SEMESTER |
Biasiswa / Pinjaman | Ada |
Syarat Kelayakan | • Warganegara Malaysia |
Prospek Kerjaya | Pembantu Pengurus Hotel / Resort |
Lain-lain | Bantuan Kewangan Kementerian Pendidikan Tinggi telah memperuntukan bantuan kewangan bagi membantu pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke Kolej Komuniti A. Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) Para pelajar yang mempunyai ibu/bapa/penjaga berpendapatan RM3000.00 dan ke bawah layak memohon (tidak tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah). Bantuan Kewangan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat semasa. |