Pengenalan Kursus

TUJUAN

Menggalakkan generasi muda melibatkan diri dalam bidang pertanian sebagai tenaga mahir dan pengusaha pertanian komersial serta berskala besar melalui penggunaan teknologi terkini yang bersesuaian bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti sektor pertanian negara.

OBJEKTIF PROGRAM

  1. Menyediakan tenaga kerja terlatih untuk industri pertanian di semua peringkat pekerjaan iaitu pekerja mahir, penyeliaan dan pengurusan.
  2. Menyedia dan meningkatkan kemudahan dan keperluan latihan kemahiran pertanian.
  3. Melaksanakan transformasi sektor pertanian supaya menjadi sektor yang moden, dinamik dan kompetetif, selaras menjadikan sektor pertanian sebagai salah satu jentera utama ekonomi negara.

PELAKSANAAN

Program yang dijalankan adalah berteraskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SPKP) atau National Occupational Skills Standard (NOSS) yang menyampaikan latihan berasaskan kompetensi kemahiran dan memfokuskan kepada latihan amali, projek serta simulasi.

Pensijilan PLKP adalah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Program ini menumpukan latihan dari aspek peningkatan kemahiran dan pengetahuan, pemantapan jatidiri pelatih dan amalan keselamatan tempat kerja.

PENSIJILAN

  • Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 (SKM T1)
  • Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 (SKM T2)
  • Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM T3)

Butiran Kursus

Nama Institusi Kolej Pertanian Malaysia
Laman Web Institusi www.myagrosis.gov.my/index.php/institut-latihan-pertanian-ilp/kolej-pertanian-malaysia-kpm-bt.html
Kod Pengkhususan KUR0101
Tahap Pengkhususan Sijil
Tempoh Pengajian 6 BULAN - 24 BULAN
Biasiswa / Pinjaman Ada
Syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki sekurang-kurangnya SPM atau setaraf
  • Berumur 18-25 tahun
  • Sihat tubuh badan dan boleh melakukan aktiviti amali di lapangan
Prospek Kerjaya Pekerja Mahir di Sektor Pertanian, Pengusaha Pertanian Komersial
Lain-lain

INSENTIF PELATIH

  • Yuran pengajian PERCUMA
  • Elaun RM200 - RM300 sebulan
  • Penginapan disediakan
  • Makan dan minuman disediakan

* Pelatih hanya perlu membayar sebanyak RM300 untuk bayaran premium insurans, setem hasil surat perjanjian, deposit asrama, baju korporat dan pembukaan akaun bank.