DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK
( KUR0130 )
Pengenalan Kursus
Diploma Kejuruteraan Elektrik direka bentuk untuk meliputi disiplin ilmu kejuruteraan elektrik semasa, dengan pengkhususan tambahan elektronik yang digunakan dalam bidang kejuruteraan elektrik. Asas elektronik yang meliputi bidang kuasa, kawalan, instrumentasi dan komputer memberikan fleksibiliti kepada para graduan, sambil menekankan bidang pengkhususan.
Graduan ini dijangka akan berkhidmat dalam bidang kejuruteraan elektrik. Penggunaan peralatan elektrik dan elektronik hari ini memerlukan juruteknik yang mahir dan terlatih yang diperlukan untuk cabaran baharu ini. Diploma Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia melengkapkan graduannya dengan kemahiran teknikal yang diiktiraf.
Butiran Kursus
Nama Institusi | Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) |
Laman Web Institusi | www.polimas.edu.my |
Kod Pengkhususan | KUR0130 |
Tahap Pengkhususan | Diploma |
Tempoh Pengajian | 3 TAHUN |
Biasiswa / Pinjaman | Ada |
Syarat Kelayakan | Lepasan SPM(Politeknik Konvensional/METrO)
|
Prospek Kerjaya | • Juruteknik Voltan Tinggi • Juruteknik Kuasa • Juruteknik Penghantaran Kuasa Elektrik • Juruteknik Penganggar |
Lain-lain |